
Sulit
3 tahun
Badan panas tetapi tidak demam
Hi, saya wanita usia 25 tahun. Saya mengalami badan panas dalam tempoh 3 hari. Kadang suhu cecah 36.8 - 37.3, 37.4, 37.6 Dan bagaimana harus saya lakukan? Atau saya kekurangan air dalam badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami peningkatan suhu badan, seperti:
- Dehidrasi
- Jangkitan seperti bakteria dan virus
- Radang pada anggota badan tertentu
- Sunburn
- Jangkitan COVID-19
- Selepas vaksinasi (gejala ini akan reda selepas beberapa hari dan adalah normal)
- Heat stroke
- Kesan sampingan ubat
Untuk pengetahuan anda, suhu badan yang normal adalah di antara 36.5 sehingga 37.5. Suhu yang melebihi atau kurang daripada normal memerlukan pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Punca peningkatan suhu badan anda perlu disiasat. Sekiranya gejala anda berterusan dan mendatangkan ketidakselesaan kepada anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh melakukan beberapa perkara berikut untuk mengawal dan menurunkan suhu badan anda:
- Minum air secukupnya
- Memakai pakaian yang nipis
- Berehat
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.