Sulit
3 tahun
Badan rasa lenguh2 dan sakit dada
Saya berumur 32tahun, semalam saya pergi ke kedai runcit. dan pagi ni saya bangun rasa lenguh2 badan, terutama pada belakang. ada rasa sakit dada. tetapi saya tak ada rasa sesak nafas atau sukar bernafas, cuma rasa sakit di bahagian dada. saya takut dijangkit covid.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sakit dada bukanlah gejala yang sering dialami pesakit COVID-19. Jika ia sendiri tanpa batuk, sakit tekak, ia boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19. Antaranya:
- pedih ulu hati
- Pneumonia
- Serangan jantung
- Asma
- Pneumothorax
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Hospital kerajaan ada menyediakan ujian saringan secara percuma, namun, jika anda tidak berisiko tinggi, anda akan dihantar pulang dan tidak disaring. Hal ini kerana ujian itu perlu mendahulukan golongan yang berisiko tinggi seperti sejarah perjalanan keluar negara dan kontak rapat.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.



































