
Sulit
5 tahun
Badan rasa seram sejuk dan rasa kurang selesa
Hi DR, sy mengalami demam panas dalam then badan rasa seram sejuk tak berapa selesa and batuk sedikit (tidak kerap). Adakah sy mengalami symptom symptom virus yg tular sekarang ini dr? Mohon pencerahan dr. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kemungkinan gejala yang anda alami adalah disebabkan oleh jangkitan wabak coronavirus atau COVID-19.
Menurut WHO, antara gejala yang biasa dialami oleh pesakit yang menghidap jangkitan ini adalah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Namun begitu, gejala-gejala di atas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Gejala demam panas dan batuk yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan virus atau bakteria lan seperti influenza
- Alahan atau Allergic Rhinitis
- Cuaca panas
- Dehidrasi
Oleh itu, mengalami gejala yang dinyatakan tidak semestinya bermaksud anda dijangkiti virus ini. Namun, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini