
ftnnrntsha
5 tahun
Badan sentiasa lemah
Saya ada seorang kawan lelaki . Saya dapat dia sering lemah badan setelah melakukan kerja kerja berat di siang hari dan malam . Keesokan pagi nya dia pasti akan lemah badan dan tidak larat untuk bangun untuk melakukan rutin seharian . Boleh doktor sarankan vitamin atau ubat apa yang sesuai untuk diberi agar kawan saya tidak lemah badan lagi . Saya harap doktor dapat membantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, keluhan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah:
- Kurang minum
- Kurang tidur
- Kurang istirahat
- Anemia (penyakit kurang darah)
- Kurang makanan berkhasiat
- Kadar gula rendah
- Hipotiroid (Penyakit kelenjar tiroid kurang aktif)
Bagi mengatasi masalah rasa lemah badan, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Disamping itu, pastikan untuk mendapatkan istirahat yang cukup, perbanyakkan minum air, dan mengamalkan pemakanan seimbang sesuai dengan aktiviti dan keperluan tenaga seharian.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.