
Hafizi
6 tahun
Badan susut lepas stop pergi gym
Salam doc, saya berusia 28 tahun dan sebelum ini badan saya gempal. Tapi bila saya stop pergi gym dan aktif, badan saya mula menyusut. Saya pun tak pasti kenapa. Rasanya saya makan tak lah kurang mana. Kenapa ya doktor?

6 tahun
Salam sejahtera.
Tenaga dari makanan dan miniman adalah diperlukan untuk menjalankan aktiviti fizikal serta proses-proses fisiologikal di dalam badan anda. Sumber tenaga yang berlebihan akan disimpan dalam badan anda dalam bentuk gula, lemak atau otot dan berat badan anda akan meningkat.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda tidak dapat meningkatkan berat badan anda kerana anda tidak mengambil tenaga yang mencukupi. Oleh itu, badan anda akan menggunakan otot and lemak dalam badan anda sebagai sumber tenaga. Natijahnya, otot dan lemak di badan anda akan berkurang dan badan anda akan menyusut.
Selain itu, aktiviti fizikal adalah sangat penting untuk membina otot di badan anda. Jika badan anda mempunyai banyak otot, maka anda akan kelihatan lebih tegap. Otot memerlukan penggunaan yang kerap untuk dibina. Jika anda tidak menggunakan otot anda, otot akan menyusut. Oleh itu, jika anda merupakan seorang pekerja atau pelajar yang tidak menjalankan aktiviti fizikal setiap hari, terutamanya selepas anda berhenti pergi ke gim, otot-otot di badan anda akan mula menyusut.
Kesimpulannya, diet pemakanan dan senaman adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan anda.Selain menjaga kesihatan fizikal, pemakanan yang sihat dan senaman yang mencukupi juga boleh melegakan tekanan emosi dalam kehidupan anda. Sila merujuk kepada doktor, pakar diet atau internet berkenaan kombinasi makanan dan senaman yang sesuai mengikut umur dan jantina anda.