
Sulit
3 tahun
Badan terasa gatal pada waktu malam
waktu malam selepas mandi akan gatal bila ada dkt rumah… kalau saya pergi kerja atau keluar tiada rasa gatal2 and pedih2 dkt badan… bila waktu malam sahaja terasa… tetapi saya tidak demam atau ruam ke semua xde… cuma ada bintik2 macam dkt badan… bila peluh tersa gatal… adakah itu tanda2 HIV/AIDS?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami masalah gatal-gatal badan pada waktu malam di rumah. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom gatal badan bukanlah eksklusif kepada penyakit HIV/AIDS. Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Alahan pada habuk atau hama binatang
- Ruam panas
- Binatang seperti pepijat
- Reaksi alahan pada makanan
- Psoriasis
- Dermatitis
- Masalah buah pinggang
- Masalah hati
- Kesan sampingan ubat
Berikut hanyalah diagnosis umum mengenai punca gejala gatal badan. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar kulit kami secara atas talian. Harap jawapan ini mmebantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!