
Sulit
5 tahun
Badan Terasa sedikit panas
Saya lelaki dalam linkungan 30 tahun pada malam 23/2020 badan saya terasa sedikit panas tetapi saya sudah memakan ubat demam sebelum tidur dan pada keesokkanharinya pada 24/3/2020 saya terasa okay tiada lagi panas terasa tetapi pada mlm semalam badan terasa panas balik dan saya dah mkn ubat demam tetapi pagi ini saya masih lagi terasa sedikit panas. Adakah saya perlu melalukanujian atau hanya pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan sahaja. Sebab saya tiada pergi ke mana-mana perhimpunan malah ahli keluarga pun tiada yang pergi perhimpunan. Kawan2 sekeliling saya pun tiada yang pergi mana-mana perhimpunan. Kami juga tidak melancong ke luar negara

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, demam yang berlanjutan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan lain selain COVId-19. Antaranya:
- jangkitan common cold/influenza
- radang tonsil
- radang pharynx
- tuberculosis
- demam denggi
Keperluan ujian adalah bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini