Sulit
5 tahun
Badan terasa sejuk walaupun pada waktu panas dan otot berasa lemah
Hai doc. Saya wanita berumur 23tahun. Saya tengah menjalani diet harian selama hampir 3 minggu. Saya mengamalkan diet calories deficit. 2 minggu yg lalu badan saya tidak mempunyai masalah & berat saya menurun hampir 3kg. masuk minggu ke 3. saya mula home workout selama 3hari berturut. Selepas 3hari itu, badan saya tiba2 berasa lemah, otot kaki dan tangan saya lemah, dan hujung jari kaki saya sejuk semalaman. Pada waktu malam, saya berasa menggigil walaupun badan saya panas. Saya juga kerap berpeluh. Saya mula berasa pening tetapi masih dapat di kawal. Saya juga mempunyai masalah kitaran haid. Saya sepatutnya datang bulan 27/3 yg lalu tetapi sehingga sekarang masih belum datang bulan. Simptom2 period semua ada tetapi saya masih lagi tidak datang haid. Sekarang sudah hampir seminggu saya lewat period dan ini adalah kali pertama period saya tidak teratur. Saya harap doc dapat memberi jawapan kpd permasalahan saya ini. terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, menurunkan berat badan dengan cepat meningkatkan permintaan fizikal badan anda dan boleh membawa beberapa kesan sampingan. Antaranya:
- Batu hempedu
- Dehidrasi
- Malnutrisi
- Ketidakseimbangan elektrolit
- Sakit kepala
- Mudah marah
- Keletihan
- Pening
- Sembelit
- Haid tidak teratur
- Keguguran rambut
- Kehilangan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



























