
Anonymous
5 tahun
Bagaimana atasi ejakulasi pramatang
Saya pancut awal ketika bersama isteri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi, terima kasih untuk soalan encik.Ejakulasi pramatang terjadi apabila seseorang gagal mengawal ejakulasi apabila diransang atau ketika hubungan intim bersama pasangan dan ejakulasi berlaku terlalu cepat. Keadaan ini jika cukup serius boleh menyebabkan kemurungan, rendah keyakinan diri dan juga boleh merosakkan kebahagian rumah tangga. Banyak faktor yang menyumbang kepada kondisi ejakulasi pramatang.Antara faktornya ialah panik, gugup, obesiti, gaya hidup tidak aktif, merokok, dan lain2.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang. Yang pertama ialah encik boleh mencuba mengurangkan kekerapan masturbasi. Yang kedua encik tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan. Encik juga boleh mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang