
Sulit
5 tahun
Bagaimana Cegah kehamilan
Saya 26tahun dan melakukan seks setelah seminggu habis haid. Dan dia pancut dalam. Adakah ubat untuk cegah hamil bole saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat alternatif seperti pil perancang kecemasan.
Pil Postinor merupakan pil pencegah hamil kecemasan kerana pil pertama harus diambil dalam masa 72 jam selepas bersetubuh untuk berfungsi secara efektif (88%) dan pil kedua diambil 12 jam selepas pil pertama.
Anda juga harus mengambil nota bahawa pil Postinor-2 hanya boleh digunakan dalam kecemasan sahaja, jangan mengambilnya terlalu kerap. Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid kerana akan menganggu kitaran haid. Anda harus menggunakan pil atau teknik pencegah kehamilan yang lain seperti kondom atau pil harian jika aktif dalam menjalinkan hubungan intim.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.