
Sulit
4 tahun
Bagaimana Hiv boleh tersebar melalui faraj
Adakah dengan mengucup/mencium/menhisap bahagian luar faraj atau vagina pasangan boleh menyebarkan penyebaran virus HIV? Walaupun hanya melakukannya beberapa saat sahaja. tinggikah risikonya? Adakah cecair faraj yang berada di bahagian luar kulit faraj pasangan menjadi punca penyebaran hiv?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Satu-satunya cara untuk HIV merebak adalah melalui cecair tertentu dari badan, di mana berlakunya pertukaran cecair badan daripada individu yang dijangkiti HIV sahaja. Tanpa mengira tahap jangkitan, risiko ia merebak tetap wujud. Cecair badan itu meliputi darah, air mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu badan. Kerap kali, HIV menjangkiti secara seksual.
Apabila seorang melakukan hubungan seksual tidak selamat atau dengan pasangan yang HIV positif, cecair dua individu akan bercampur dan virus boleh merebak, terutama apabila terdapat koyakan dalam tisu faraj atau dubur, luka atau jangkitan seksual lain.
Mengikut keterangan anda, anda telah melakukan ujian darah selama 4 kali, keputusannya adalah negatif. Oleh itu, risiko untuk anda menghidap HIV adalah sangat rendah. Anda boleh meneruskan hubungan dengan isteri anda. Sekiranya anda masih risau, anda boleh merujuk kepada dermatologist dimana mereka lebih arif dengan penyakit HIV untuk membuat ujian yang lebih tepat.
Untuk maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.