Anonymous

5 tahun

Bagaimana membuat pemeriksaan HIV?

morning Dr…
mcm mana nak buat pemeriksaan sama ada d jangkiti HIV atau tidak… setelah mmbuat hubungan seks…berapa hari kita blh kesan kita pmbawa HIV ?

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan mencatatkan sejarah anda, menjalankan pemeriksaan fizikal serta mengambil sampel untuk dihantar ke makmal untuk diuji. HIV merupakan sejenis virus berbahaya yang melemahkan sistem pertahanan badan kita. HIV merebak melalui cecair badan seperti darah, lendir faraj, air mani dan susu ibu.

Ujian rapid test HIV merupakan sejenis ujian saringan untuk jangkitan HIV. Keputusan rapid test HIV boleh diperoleh dalam hari yang sama. Jika seseorang itu baru terdedah kepada sumber jangkitan HIV, ujian saringan boleh memberi keputusan negatif walaupun seseorang itu telah menghidap jangkitan HIV. Hal ini demikian rapid test HIV digunakan untuk mengesan antibodi terhadap HIV di dalam badan kita dan antibodi tersebut boleh mengambil masa sehingga 4 minggu dari tarikh jangkitan HIV untuk dihasilkan. Inilah sebab sesetenngah pesakit harus mengulangi ujian tersebut sebulan kemudian.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat sejahtera.

Setelah seseorang dijangkiti HIV, terdapat satu tempoh seseorang itu akan diuji negatif walaupun sebenarnya positif untuk HIV. Ini dipanggil “tempoh tingkap” HIV yang berlangsung selama 10 hari sehingga 3 bulan bergantung kepada tindak balas badan seseorang terhadap jangkitan tersebut. Tempoh masa untuk mengesan jangkitan juga berbeza bagi ujian-ujian yang berlainan. Bagi mengesahkan jangkitan HIV, beberapa jenis ujian darah boleh digunakan seperti:

  1. Ujian asid nukleik boleh mengesan jangkitan HIV 10-33 hari selepas pendedahan.
  2. Ujian kombinasi antigen/antibodi bagi darah yang diambil dari vena boleh mengesan jangkitan HIV 18-45 hari selepas pendedahan. Ujian menggunakan darah dari jari telunjuk mengambil masa yang lebih lama untuk mengesan HIV (18-90 hari selepas pendedahan).
  3. Ujian antibodi biasanya mengambil masa 23-90 hari untuk mengesan jangkitan HIV. Kebanyakan ujian cepat dan ujian rumah yang boleh dibeli adalah jenis ujian antibodi.

Anda boleh mengunjungi klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk diuji. Untuk mencegah HIV, praktiskan hubungan seks yang selamat menggunakan kondom dengan betul dan pertimbangkan pengambilan ubat untuk mencegah HIV jika anda menghadapi risiko tinggi.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)