
Adriana
6 tahun
Bagaimana merawat herpes
Sy baru disahkan menghidap herpes, bagaimana untuk merawat

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Bagi menjawab soalan yang diajukan, terdapat rawatan yang komprehensif untuk penyakit Herpes ini. Bagi Herpes di alat kelamin, rawatan boleh dibahagikan kepada jangkitan kali pertama dan jangkitan yang berulang.
Mengikut panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan, rawatan spesifik dan rawatan sokongan akan diberi. Bagi rawatan sokongan, saudara akan diberi gel penahan sakit dan larutan garam bagi membersihkan tempat jangkitan tersebut. Sebarang jangkitan kuman susulan juga akan dirawat secara berkadar.
Untuk rawatan anti-viral yang lebih spesifik, saudara akan diberi pil anti-viral untuk diambil dalam masa 5 hari bermulanya episod jangkitan tersebut atau ketika lepuh baru muncul. Antara contoh ubat yang boleh diberi adalah acyclovir, valaciclovir atau famciclovir di mana semua ubat ini mampu mengurangkan tahap jangkitan dan tempoh masa jangkitan. Manakala ubat sapuan pula jarang diberi kerana ianya kurang berkesan dari pil yang boleh dimakan.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Herpes genital ialah penyait kelamin yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Virus ini menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Selepas nenjangkit, virus aka kekal di dalam tubuh. Selain melalui hubungan seks, virus ini juga boleh berjangkit dari ibu ke anak dalam kandungan. Terdapat dua jenis virus herpes yang dikenal pasti iaitu HSV 1 yang menyebabkan kudis berisi air di mulut atau di muka, dan HSV 2 yang menyebabkan kudis berisi air di kawasan kemaluan.
Sehingga sekarang, tiada ubat spesifik yang digunakan untuk merawat jangkitan herpes. Doktor akan memberi anda ubat antivirus seperti acyclovir, famciclovir dan valacyclovir untuk membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengelakkan jangkitan berulang. Pengambilan ubat antivirus juga akan mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan anda. Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah. Lebih baik jika anda tunggu sehingga ruam sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan seks. Penggunaan kondom getah juga akan mengurangkan risiko merebakkan jangkitan pada pasangan. Anda juga harus memberitahu pasangan anda jika menghidap jangkitan ini.