
brennan
6 tahun
Bagaimana nak tahu terkena penyakit sifilis
Assalamu’alaikum doktor. Saya nak tanya, mcmana cara yang tepat nak tahu yang kita ada penyakit sifilis? Sebab saya dah dua kali luka di kemaluan di tempat yang sama. Apa yang perlu saya lakukan?

6 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas pertanyaan yang diajukan. Luka pada kemaluan merupakan salah satu tanda jangkitan sifilis, jika luka yang anda maksudkan adalah seperti ulser pada kemaluan yang dipanggil “chancer”.
Sekiranya seseorang itu mendapat ulser akibat jangkitan sifilis, simtom yang berlaku padanya pada peringkat awal jangkitan ini adalah ulser. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh melarat. Pesakit boleh mendapat ruam pada badan yang boleh merebak hingga keseluruh tubuh walaupun ulser pada kemaluan telah pulih sejak beberapa minggu. Peringkat seterusnya, pesakit tidak mendapat apa-apa simtom dalam jangka masa yang Panjang hingga bertahun lamanya, namun bakteria penyebab penyakit ini iaitu treponema pallidum masih hidup di dalam tubuh. Pada peringkat terakhir penyakit ini, pesakit akan mengalami kerosakan pada banyak organ seperti otak, mata, jantung, hati dan sebagainya akibat jangkitan bakteria ini.
Oleh itu, bagi mengenal pasti punca luka pada kemaluan anda, cara yang terbaik adalah berjumpa doktor bagi memberikan maklumat lebih lengkap dan menjalani pemeriksaan lebih teliti.

6 tahun
Hai, Selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.
Sifilis ialah sejenis penyakit seksual berjangkit atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Ia adalah disebabkan sejenis bakteria yang dinamakan Treponema pallidum.
Terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan sifilis. Pesakit akan diminta untuk hadir di klinik kesihatan yang mempunyai Klinik STD. Di sini, segala maklumat akan dirahsiakan demi menjaga privasi pesakit. Selain dari mengambil maklumat diri dan maklumat seksual, pemeriksaan dan ujian akan dilakukan untuk mengenal pasti sifilis. Ujian yang ada termasuklah ujian darah dan juga ujian cecair dari benjolon sifilis.
Pesakit juga dinasihatkan untuk membawa pasangan mereka untuk mengambil ujian saringan untuk sifilis, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap telah menjawab soalan anda dengan baik. Sekiranya anda masih berasa musykil sila ajukan pertanyaan. Semoga bermanfaat.