Sulit

3 tahun

Saya mempunyai masalah sifilis dari usia muda

salam sejahtera doctor… sekitar 21 tahun yang lalu… kira2 umur saya 15 tahun… saya pernah terkena sifilis… terdapat luka pada kemaluan saya (panis lelaki ) dan di ikuti dengan gatal2… serta keluar cecair seperti nanah… dan hilang dalam beberapa minggu… terkena melalui seks dubur… lelaki berbangsa cina dan saya melayu… pada ketika itu saya ditawarkan duit belanja untuk melakukanya :slight_smile: maklum lah masa itu masih mentah dan tidak tahu apa2… saya tidak pernah membuat sebarang rawatan kerana saya tidak tahu mengenai penyakit tersebut… pada tahun 2017 sehingga 2018 saya kerap kali membuat saringan ujian darah untuk hiv/sifilis di BP HEALTHCARE dan keputusan non reactive untuk kedua2nya… tetapi dibelakang badan saya masih terdapat bintik2 seperti jerawat atau chancre(chancre ni saya cari dari google tak pasti sama atau tidak).
apakah rawatan yang sesuai untuk saya doctor… dan sekiranya masih ada virus tersebur di dalam tubuh badan saya… bagai mana untuk mengesan nya…
adakah ujian di bp healthcare tersebut tidak dapat mengesan virus tersebut… apakah ubat yang boleh saya ambil… saya berasal dari kuantan…

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Penyakit sifilis ialah antara salah satu penyakit berjangkit seksual atau lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Treponema pallidum. Penyakit ini berjangkit apabila seseorang melakukan hubungan seksual bersama dengan individu yang telah dijangkiti.

Selain dari ubatan, menghentikan sifilis dari merebak juga penting. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menghindari sifilis ialah mengamalkan hubungan seksual bersama seorang pasangan sahaja dan dia bebas dari sifilis, menggunakan kondom, dan tidak mengamalkan seks bebas.

Ubat untuk merawat sifilis bergantung kepada peringkat jangkitan sifilis, namun kebiasaanya penyakit sifilis boleh dikesan pada peringkat awal. Pesakit perlu dirawat dan mengelakkan hubungan seksual pada peringkat awal jangkitan kerana bakteria ketika ini sangat aktif dan senang tersebar kepada orang lain.

Ubat untuk merawat sifilis pada peringkat awal ialah antibiotik. Suntikan Penicillin merupakan antara antibiotik yang paling berkesan dalam merawat sifilis.

Untuk mengetahui ubat mana yang sesuai, dos dan kos sila ke klinik dan berjumpa dengan doktor. Selain itu juga anda dinasihatkan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seksual untuk sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran sifilis.

Untuk mengenal pasti punca simptom yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut serta maklumat lebih mendalam adalah diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.
penyakit_sifilis

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)