Sulit

2 tahun

Pertanyaan : Rawatan Sifilis

Salam Sejahtera Dr.

Saya adalah pesakit sifilis dengan bacaan daripada ujian darah adalah 1.64 dan masih di dalam rawatan dan pemantauan dari Klinik Kesihatan.

Saya telah menerima 3 doses suntikan Benzathine penicillin G pada tahun lepas (2020) dan ujian darah telah diambil beberapa kali namun result masih tidak menunjukkan bacaan menurun. Penambahan 1 dose Suntikan Benzathine penicillin G pada awal tahun 2021 telah diberikan dan ujian darah telah diambil namun bacaan tetap Sama.

Pengambilan darah utk ujian VDRL yg seterusnya adalah pada ogos ini

Untuk Makluman Dr., ujian HIV test adalah negative setakat sesi rawatan yang saya hadir di klinik kesihatan tersebut.

Persoalan :

Jika result masih Sama selepas Ujian VDRL, adakah saya perlu rujuk pada Dr. Pakar ataupun Ada procedure lain?

adakah disebabkan pengambilan supplement seperti vitamin C akan menjelaskan ujian darah?

bolehkah saya meneruskan niat utk berkahwin dan menjalani kehidupan secara normal bersama pasangan? Bagaimana dengan perancangan zuriat?

Adakah perlu berjumpa dengan Dr. sebelum merancang utk mendapatkan zuriat? Walaupun sifilis berstatus aktif di dalam badan utk jangka masa panjang dan adakah memberi risiko jangkitan kepada pasangan dan juga anak di dalam kandungan.

Jika sudah berkahwin, selain memakai kondom… Adakah melakukan seks ringan seperti bercium mulut boleh menyebabkan jangkitan sifilis?

Diharapkan bantuan Dr. Dapat memperjelaskan dan memberikan maklum balas berdasarkan soalan yg diberikan.

Terima kasih.

Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi pihak DoctorOnCall untuk bertanyakan masalah anda.

Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami faham bahawa anda bimbang tentang penyakit sifilis yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, bagi penyakit sifilis, semasa peringkat primary, sekunder, atau lewat, pesakit akan menerima suntikan intramuskular Benzathine penicillin G. Strategi rawatan akan bergantung kepada gejala dan apabila seseorang itu terdedah kepada penyakit sifilis. Jika anda khuatir akan kesan ubat tersebut kepada tubuh anda, anda boleh berunding bersama pakar bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan atau pemeriksaan lanjut.

Sesetengah penyakit kelamin boleh berjangkit melalui ciuman mulut seperti sifilis dan herpes simplex jenis 1. Penyakit sifilis adalah penyakit berjangkit yang tersebar terutamanya melalui aktiviti seksual, termasuklah seks oral dan dubur.

Maka, untuk mengelak penularan, pemakaian perlindungan seperti kondom adalah perlu. Penyakit ini perlu dirawat untuk mencegah berlakunya komplikasi seperti masalah kesuburan. Tambahan, bayi yang baru lahir yang terdedah kepada sifilis dalam rahim harus menjalani rawatan antibiotik.

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar.

couple%202

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)