Sulit

3 tahun

Sifilis dan tiada apa apa tanda selain sakit tekak

Saya lelaki 21tahun trlibat dengan hubungan lelaki brsama lelaki ingin bertanya Bacaan darah untuk RPR 1:64 DAN TTPA DETECTED ADAKAH IA SUDAH DI TAHAP BAHAYA

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Pertama, saya akan menerangkan tentang ujian TPPA. Ia juga dikenal sebagai Treponema pallidum particle agglutination assay (also called TPPA test). Ujian ini akan mengesan jika terdapat antibodi terhadap bakteria sifilis iaitu Treponema pallidum di dalam badan. Ujian ini menggunakan komponen darah individu dan dicampur dalam satu aduan yang mempunyai kebolehan untuk mengesan antibodi sifilis. Sekiranya terdapat antibodi di dalam badan, akan terjadi pengumpulan partikel di dalam bekas ujian.

Keadaan ini dikenali sebagai reactivie syphilis. Ini bermakna individu tersebut telah dijangkiti bakteria sifilis dan badan telah menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut. Namun, mempunyai antibodi bukan lah bermakna individu tersebut mempunyai sifilis yang aktif. Ia juga bermakna individu tersebut pernah mendapat sifilis dan mungkin telah mengambil antibiotik dan berjaya membuang bakteria sifilis dari badan. Oleh itu maklumat dari pesakit seperti maklumat diri dan pasangan, maklumat kesihatan dan maklumat tentang kelakuan seksual penting untuk menentukan sama ada individu tersebut mempunyai jangkitan sifilis yang aktif.

Untuk makluman anda, RPR test juga merupakan ujian serologi bagi mendeteksi penyakit sifilis. Ujian ini adalah bagi mengesan antibodi yang dihasilkan terhadap antigen yang bukan berasal daripada organisma treponema.Oleh itu, ujian ini adalah tidak khusus atau spesifik bagi mengesan jangkitan
sifilis.

Sifilis dikategorikan kepada tiga peringkat dengan pelbagai gejala yang dikaitkan dengan setiap peringkat. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, boleh jadi tidak ada gejala selama beberapa tahun. Peringkat-peringkat yang boleh membawa kepada jangkitan termasuklah peringkat “primary”, “secondary”, dan, kadang-kadang, fasa ”latent” yang awal. Tertiari sifilis tidak berjangkit, tetapi ia mempunyai gejala yang paling berbahaya.

Sekirannya anda merasakan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor dan anda boleh berbincang dengan lebih lagi. Anda juga boleh merangka rawatan yang sesuai bersama doktor. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Hilangkan kegusaran anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)