Sulit
6 tahun
Bagaimana saya boleh mengubati lemah tenaga batin dan penis saya tidak setegang seperti dulu
Saya tidak mempunyai rekod sakit jantung, kencing manis, atau darah tinggi…tetapi ade mengalami spinal athritis sahaja…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan adalah diperlukan dari segi sejarah kesihatan tuan dan jenis masalah yang dihadapi. Hal ini bagi membezakan ejakulasi pra-matang dan mati pucuk yang kedua-duanya mempunyai rawatan yang berlainan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































