
Niana
6 tahun
Bagaimanakah cara merawat herpes
Ujian darah menunjukkan positif herpes simplex type 1.cara untuk merawat

6 tahun
Salam sejahtera. Bagi pengetahuan saudara, jangkitan herpes simplex virus 1 (HSV-1) adalah jangkitan yang tidak boleh diubati sepenuhnya. Virus ini akan berada dalam sistem badan buat seumur hidup tetapi ia hanya akan menyebabkan gejalabeberapa kali sepanjang hayat tuan rumahnya.
Contoh-contoh ubat yang paling kerap digunakan bagi jangkitan HSV-1 ialah ubat antivirus acyclovir, famiclovir, dan valacyclovir. Ketiga-tiga ubat ini membantu untuk memendekkan jangka masa hidup virus supaya dapat membantu mempercepatkan masa penyembuhan ulser/luka yang disebabkan oleh HSV-1. Ubat-ubat ini wujud sebagai pil untuk ditelan atau ubat sapu dan ia merupakan ubat preskripsi yang harus diberikan oleh doktor.
Bagi mengurangkan ketidakselesaan ulser/luka HSV-1, anda boleh menyapukan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi, seperti benzocaine dan L-lysine. Letakkan ais dan elakkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan pengulangan luka/ulser seperti seperti tekanan stres dan sinaran cahaya matahari yang terlampau banyak.
Oleh sebab penyakit ini senang tersebar, ia adalah penting anda mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan berkongsi objek yang menyentuh air liur seperti sudu garpu, cawan dan tuala. Setiap kali selepas menyentuh luka/ulser, basuhkan tangan anda dan gunakan swab kapas untuk menyapu ubat anda.

6 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas persoalan ini.
Herpes adalah penyakit kelamin atau dikenali sebagai Sexually Transmitted Diseases (STD).Ia disebabkan oleh Herpes simplex virus, juga dikenali sebagai HSV dan terdapat 2 jenis virus HSV-1 dan HSV-2. HSV-1 menyebabkan ulser pada bahagian dan HSV-2 akan menyebabkan ulser pada bahagian kelamin. Jangkitan HSV-1 berlaku apabila pertama kali terdedah kepada virus HSV1.
Jangkitan bermula apabila cecair terjangkit daripada pengidap jangkitan HSV-1 memasuki mukosa mulut, kulit yang terluka dan juga mata seseorang yang sihat dan ia boleh mulakan proses inokulasi. Virus HSV ini kemudiannya akan bergerak melalui saraf pesakit dan menghuni di ganglion sesuatu saraf contohnya ganglion saraf Trigeminal dan akan mengakibatkan jangkitan pendam untuk suatu tempoh. Keadaan di mana HSV ini dorman di luar sel neuron seperti di sel epithelia kulit merupakan penyebab kepada jangkitan HSV berulang terutamanya di kawasan bibir dan ia juga dipanggil sebagai jangkitan herpes labialis berulang.
Jangkitan ini tidak boleh disembuh dengan sepenuhnya kerana tiada penawar untuk penyakit ini. Tetapi ubat anti viral seperti acyclovir, famciclovir dan valacyclovir diberi untuk merawat simptom.