
acekid00000
4 tahun
Bahagaian pipi dalam sakit
Saya dah tumbuh gigi bongsu beberapa bulan yang lepas. Waktu tumbuh memang sakit dalam seminggu gitu juga. Lepas itu, tak ada rasa sakit pun. Tapi dalam minggu ni, bahagian dalam pipi saya sakit sebab bergeser dengan gigi bongsu. Sebelumnya tak da pun rasa sakit. Senyum pun jadi sakit sebab bahagain pipi dalam terkena gigi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk masalah ini, anda disarankan ke doktor pergigian untuk mendapat pemeriksaan dan ubat tahan sakit jika diperlukan. Ketika gigi bongsu tumbuh, ia adalah normal untuk mendapat simptom-simptom ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.