Sulit
6 tahun
Bahagian pangkal zakar melecet
hujung pangkal zakar saya sakit 2 hari yg lpas…semalam sya x thn sakit sb pedih kena air…sya tgk hujung pangkal zakar sya jdi melecet dn kering pd kulit…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti status sunat, hubungan seksual, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, kepala zakar yang pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Balanitis xerotica obliterans ( lichen sclerosus ) penyakit kulit yang terkait penyakit autoimun lain yang khas di zakar
- Balanitis candidiasis keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































