
Anonymous
5 tahun
Bahagian tengah dada sakit
saya wanita 20’an dan mengalami masalah sakit dada di bahagian tengah. sakit ini selalu datang semasa terlalu sejuk, bercakap atau berjalan terlalu lama dan apabila menarik nafas dalam. saya memang ad penyakit asthma cuma ini kali pertama saya berasa sakit di bahagian dada dan simptom ini dah berlaku selama sebulan. boleh dr bantu saya dan cadangkan kepada saya apa yg harus sy lakukan? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai sebab untuk anda mengalami simptom tersebut antaranya ialah
- masalah paru-paru seperti jangkitan kuman (pneumonia), brochiecstasis
- masalah seperti gastrooesophageal reflux (asid perut naik ke atas)
- masalah pembesaran arteri badan (abdominal aortic aneurysm)
- sebarang masalah jantung
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan memerlukan lebih banyak maklumat. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih