aliyn

5 tahun

Bahagian vagina ada biji kecil

Sy berumur 26 tahun. Sy dapati bahagian vagina seperti ada kutil dan bila sy pegang ada rasa bijik2 kecil. Kadang2 vagina saya berbau busuk dan sering kebasahan. Sy ada melakukan hubungan seks dgn pasangan sy seorang sahaja. Adakah sy menghadapi penyakit kelamin? sy buntu… bagaimana cara merawat

Hai, selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.

Penyakit alam kelamin lebih dikenali sebagai sexual transmitted disease (STD). STD ialah kumpulan penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, dan merangkumi lebih dari 20 jenis penyakit. Ia boleh disebabkan oleh bakteria, kulat dan virus. Gejala setiap penyakit adalah berbeza dan ini boleh digunakan untuk menentukan ujian yang perlu dilakukan untuk membuat dignosis. Antara penyakit STD ialah Gonorea, Kandidiasis, Herpes, Sifilis, Hep B, HPV virus, dan banyak lagi.

Terdapat beberapa golongan individu yang lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit STD. Antaranya meraka yang melakukan seks bebas, lebih dari satu pasangan, menghidap HIV, tidak menggunakan kondom, terlibat dalam aktiiviti berisiko seperti menghisap dadah dan golongan homoseksual. Penyakit ini berjangkit melalui sentuhan kulit, terkena cecair badan, terkena darah dan berbagai cara lagi.

Bonjolan di alat kelamin merupakan simptom kebiasaan STD. Namun ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain selain STD. Ia juga boleh disebabkan oleh alahan, jerawat, radang disebabkan pisau pencukur atau penyakit kulit.

Antara penyakit STD yang boleh menyebabkan bonjolon ialah jangkitan HPV dan Herpes.
Sila berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian saringan agar anda mendapat dignosis yang tepat dan rawatan yang sepatutnya. Pasangan anda juga harus melakukan ujian saringan walaupun dia tidak mempunyai simptom. semoga bermanfaat.

Selamat pagi dan terima kasih kerana menghubungi kami mengenai isu penyakit kelamin anda. Luka atau ulser pada bahagian alat kelamin boleh disebabkan oleh jangkitan atau sebab-sebab yang tidak infektif. Penyebab umum infeksi sebagai contoh genital herpes genital, sifilis, ketuat genital dan chancroid.

Penyebab infeksi pada umumnya disebabkan oleh penyakit menular seksual atau penyakit kelamin. Ia boleh disebarkan melalui hubungan seks tanpa perlindungan dan mempunyai banyak pasangan seksual yang meningkatkan risiko mendapatkannya. Hubungan seks secara oral, melalui dubur atau faraj dapat menyebabkan penyakit kelamin berjangkit.

Anda mungkin mengalami ketuat di bahagian kelamin dan rasa sakit pada bahagian itu mungkin mendakan ia telah dijangkiti oleh virus human papilloma virus HPV. Virus ini adalah virus yang menyebabkan ketuat dan virus yang mampu menyebabkan kanser pada bahagian alat sulit.

Anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat doktor bagi mengenal pasti punca dan merawat masalah ini.

Dr Ilias,

5 tahun

Selamat petang, terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat dua jangkitan kelamin yang paling biasa di antara golongan wanita iaitu sifilis dan gonorrhea. Treponema pallidum adalah bakteria yang menyebabkan sifilis. Jangkitan ini selalunya berlangsung secara berperingkat. Pada peringkat satu, biasanya ada ulser kecil pada bahagian kemaluan. Pada peringkat kedua pula, terdapat ruam pada seluruh badan. Pada peringkat ketiga, jangkitan ini boleh menyebabkan otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi untuk rosak. Jangkitan ini boleh dirawat dengan penicillin atau doxycycline, azithromycin atau ceftriaxone sekiranya anda mempunyai alahan terhadap ubat Penicillin.

Manakala gonorrhea disebabkan oeh bakteria Neisseria gonorrhoeae dan ia juga memyebabkan pengeluran cecair yang berbau busuk deipada vagina. Selain itu, jangkitan ini juga boleh menyebabkan sakit semasa kencing, kerap mengencing dan pengeluaran cecair seperti nanah dari vagina yang berwarna kuning atau kehijauan. Gonorrhea boleh dirawat dengan antibiotik seperti azithromycin atau ceftriaxone. Semua ubat- ubatan ini tidak oleh dibeli di farmasi kerana ia memerlukan preskripsi doktor. Saya sarankan anda untuk bejumpa dengan doktor segera.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)