
Anonymous
5 tahun
Bahaya postinor untuk ibu baru habis tempoh berpantang
Hye doc saya wanita 26 tahun, baru lepas habis tempoh berpantang anak ke 2 dan hari ni hari yg ke 50 dan masih menyusukan bayi tetapi tdk mngikut cara pnyusuan yg tepat sebab saya campur susu formula untuk bayi saya…masalah saya sekarang saya telah bersama suami dan tidak menggunakan apa2 alat mencegah kehamilan seperti kondom, saya sangat risau akan berlaku kehamilan dalam masa terdekat sebab saya bersalin secara ceaser, dan untuk pengetahuan doc saya telah melakukan 2 kali ceaser anak pertama pada tahun 2015 dan yg ini kali ke 2, persoalan saya adakah bahaya kalau saya mengambil postinor sebab saya baru lepas bersalin dan adakah postinor akan mengeringkan susu badan saya? Mohon pencerahan doc.terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahun anda, pill postinor ada pelbagai kesan kesan yang negatif. Bagi soalan anda, postinor boleh mengurangkan kadar susu badan anda.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.