Sulit
5 tahun
Bartholin cyst x mengecil
Dulu sy pernah ada bartholin cyst bengkak Dan bernanah.skg dh x bernanah
tp tempat yg bengkak dahulu menjadi ketulan kecil dan Ada cecair bila di picit.mcm mana sy nk kecil kan tempat bengkak tu.sy malu nk jumpa doctor.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bengkak pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain Bartholin’s seperti
- jangkitan kuman dan bakteria
- ketumbuhan yang tidak bahaya
- kanser bahagian kemaluan luar (jarang berlaku)
Walaupun anda pasti ia adalah Bartholin’s cyst, anda masih memerlukan konsultasi dan pemeriksaan fizikal unutk memastikan punca sebenar dan seterusnya mendapatkan rawatan dan ubat yang betul.
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
































