Sulit
5 tahun
Baru balik Dari Japan tapi ada batuk kering kadang kala
Saya baru balik Dari jepun 23februari2020. Setakat ni xde selesema, demam tapi kadang kala batuk kering 1-2 kali(sebelum ni Baru recovered Dari lung infection) . Adakah Saya perlu jumpa doctor ataupun quarantine 14 Hari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebelum menjawab soalan-soalan tentang coronavirus berikut, setiap orang yang telah berkunjung keluar negara harus dilakukan penilaian risiko terlebih dahulu. Hal ini kerana, untuk setiap kategori risiko, terdapat kaedah penanganan yang berbeza-beza. Oleh itu, silakan untuk menduduki kuiz ringkas menilai risiko disini (Nilai Risiko COVID-19).
Memandangkan anda mempunyai salah satu gejala COVID-19, silakan untuk merujuk doktor dengan klik (Tanya Doktor Pakar KKM) yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal).
Yang dibawah adalah gejala COVID-19:
- demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
- batuk
- sesak nafas
Justeru, memandangkan anda baru pulang dari negara yang mempunyai kes tinggi serta mempunyai gejala batuk, maka anda digalakkan untuk merujuk doktor kerana khuatir terdapat jangkitan Coronavirus
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































