
Sulit
4 tahun
Baru lepas period,semasa berhubungan mengeluarkan darah
Saya wanita 23 tahun, saya baru lepas period dalam 4 hari. Semasa saya berhubungan dengan suami ada keluar darah yang banyak dan darah tu ada sewaktu saya dalam berhubungan bila tidak berhubungan darah tidak klur lagi boleh saya tahu apa masalahnya?.

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Poscoital bleeding ini boleh berpunca daripada beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Bagaimanapun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Kebiasaannya, iritasi pada vagina atau serviks boleh terjadi akibat kegiatan seks yang ganas ataupun disebabkan oleh kurang pelincir semula jadi yang dirembeskan dari lubang faraj ketika hubungan seks. Jika masalah ini semakin berulang, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda kerana ia boleh disebabkan oleh penyakit rahim yang perlu disiasat lebih lanjut.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih