
Sulit
3 tahun
Baru mengalami masalah fibroid
Hai dr,sy wanita sudah berkahwin 3 tahun usia awal 30,sy masih belum mempunyai anak,dlm tempoh sy ttc baru baru awal ramadan thn ni,sy dh disahkan dr ada fibroid dlm otot rahim sy period sy bulan ni tak datang.sy tak pasti samana ada period atau pun tidak kerana dlm tempoh dua hari waktu sepatutnya period hanya lendir kemerahan keluar bersama air kencing… Lepas tu tak ada lg… Soalan saya disini Adakah mungkin disebabkan masalah fibroid saya? Sy juva sering mengalami cramp bahagian bawah perut dan loya,sakit kepala. Disebabkan keadaan ini menjadikan sy amat risau tentang kesihatan saya… Terima kasih dr sudi menjawab soalan sy ini…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami di medium ini.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak datang dan anda pernah didiagnos dengan ketumbuhan fibroid pada rahim. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kepada gejala-gejala yang anda alami, antaranya adalah:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
Antara punca yang lebih serius, seperti:
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut bagi menjawab kekeliruan serta kerisauan anda.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.