Sulit
3 tahun
Baru pulang dari kedah. Adakah perlu buat saringan covid19
Hi doctor… Sy ingin bertanya… Sy baru pulang dari kedah dan perlis ketika raya haji… Saya menetap di johor… Adakah patut sy ke pusat kesihatan untuk membuat saringan covid 19…terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan covid-19 memandangkan anda baru sahaja pulang daripada kedah dan negeri itu turut mencatatkan peningkatan kes. Namun setakat ini tidak ada arahan jelas mengatakan bahawa anda perlu untuk menjalani saringan atau kuarantin kendiri. Oleh itu, anda dinasihati agar peka akan simptom covid-19 dan menjaga penjarakan fizikal. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini