
Sulit
2 tahun
Batu berdarah yang kerap
Tunang saya berumur 29 tahun,. sebelum saya jadi tunang dia sudah sedia ada sakit iaitu (Leukimia) . tp dalam 2-3 hari ni dia ngadu pada saya sakit dada dan di masuk kan ke hospital ., dan doktor hospital cakap takut ada jangkitan kuman paru-paru. semalam dia batuk darah dan siap sent gambar lagi pada saya dia batuk darah . terlalu banyak darah yang keluar seaktu batuk tu. risau saya., jadi sekarang ni ape ubat yang paling sesuai dan mujarab untuk dia dan ada pantang larang x untuk cegah benda ni??
mohon pencerahan dari doktor. terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, doktor yang merawat tunang anda pastinya lebih arif. Gejala yang tunang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai punca yang perlu dikenal pasti terlebih dahulu. lain punca, lain rawatannya. Bagi mengetahui punca kepada permasalahan tersebut, konsultasi lanjut, pemeriksaan fizikal, dan ujian perlu dilakukan terlebih dahulu.
Jika anda dan tunang mahu berbincang, hubungi kami secara terus. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.