
nuraziemahm
2 tahun
Batuk apabila hendak makan
Mak saya berusia 65 tahun selalu mengalami batuk. Batuk berlaku selepas makanan dimasukkan ke dalam mulut. Masalah ini sudah berlanjutan hampir sebulan. Jadi apa rawatan yang sepatutnya saya lakukan? Adakah faktor pemakanan seperti penggunaan suplemen tambahan mempengaruhi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, batuk ketika makan boleh disebabkan samada masalah di paru-paru ataupun juga ditekak. Antara kemungkinan kepada gejala yang disebutkan ialah:
- Gastrik refluks
- Luka tekak
- Ulser (luka) pada perut/saluran pencernaan
- Jangkitan saluran udara/tekak
- Ketumbuhan didalam tekak
- Masalah saraf - seperti gastroparesis (disebabkan oleh kencing manis)
Manakala penggunaan suplemen pula harus diketahui jenis suplemen tersebut. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan apa-apa suplemen yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta dengan nasihat doktor anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.