
Sulit
5 tahun
Batuk batuk dan pedih luluh hati,
Hi baru2 ini sy mengalami batuk2 , pedih luluh hati adakah itu salah 1 simptom c19, sy juga jarang minum air putih disebabkan sy selalu minum.kopi

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, minuman kaffein yang berlebihan seperti kopi boleh mengakibatkan kepedihan perut. Selain daripada jangkitan COVID-19, batuk juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini