
sabrinahmiandal16
3 tahun
Batuk bekahak beterusan selama 2 minggu lebih dengan batuk beterusan sepanjang hari
suami saya mengalami batuk bekahak selama 2 minggu lebih…ubat batuk beli dari farmasi sudah habis minum 2 botol…1 botol ubat batuk dari klinik juga sudah habis minum tapi belum sembuh lagi malah betambah teruk lagi…sepanjang hari akan batuk beserta dengan kahak sahaja…apakah ubat batuk tau cara lain untuk mengubati penyakit batuk ini agar sembuh sepenuhnya…moga doktor boleh bagi pandangan…saya risau akan timbul penyakit sampingan lain jika batuk masih beterusan…terima kasih doktor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Batuk biasanya sukar sembuh terutamanya jika tidak menjaga pemakanan dan mempunyai tabiat merokok. Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.
Untuk melegakan batuk suami anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk suami anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.