
fiziramli32
3 tahun
Batuk berdarah dan keadaan badan lemah
Assalamualaikumm, hi,
Pada hari sabtu saya mengambil vaksin pfizer 7/8/2021 dan saya demam apabila mendapat 2nd dos itu . Tapi demam saya sudah pun ok ketika hari isnin. Pada hari Rabu 11/8/2021 saya bangun daripada tidur dan selepas bangun dari tidur turin saya biasa minum segelas air dan selepas saya minum saya berasa tekak tidak selesa selang beberapa saat selepas tu saya batuk dan saya cuba mengeluarkan kahak pada ketika itu saya sangka kan kahak rupanya yang keluar adalah darah. Saya batuk sebanyak lebih dari 7 kali dan semua keluar darah yang sangat banyak dan pekat. Lalu saya pergi ke sebuah klinik membuat swab test dan check tekak serta klinik suruh saya buat ecg semua result saya ok means negetive and ecg normal . Dan dr. kasi saya ubat batuk serta demam . selepas 6 hari batuk still ada dan pada hari Isnin 16/8/2021 terjadi benda yang sama saya bangun pagi terus terbatuk dan batuk tu mengeluarkan darah sekali lagi. Adakah ini penyakit pharyngitis ?
Sebabkan masa itu saya terus pergi ke klinik dan dr sugest terus pergi HKL emergency untuk rawatan seterusnya dan dia mengatakan saya pharyngitis . Tapi saya hanya mahu mendapatkan pendapat anda yang arif mengenai hal ini . Sebabnya saya selepas balik dari hospital pun keadaan dada saya rasa sangat tidak selesa serta batuk dalam keadaan berjaga jaga dan berasa trauma untuk tidur dan bngun untuk batuk kerana sudah 2 kali terjadi kes yang sama . Terima kasih harap dapat pandangan yang boleh membantu saya lebih lagi . Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Pharyngitis
- Tonsilitis
- Bronchitis
- Jangkitan pada sistem pernafasan
- Batuk berjangka panjang (kecederaan tisu lapisan paru-paru)
- Kecederaan pada saluran darah paru-paru
- Ketumbuhan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.