
hamidahasymie2
2 tahun
Batuk berdarah dan sakit dada
Saya mengalami batuk yang brpanjangan… dan kadang2 berdarah… setelah 2 bulan… batuk sudah reda tp darah masih kluar pada hari2 tertentu. Apa sebab kepada masalah ini.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tuberculosis (Tibi)
- Bronchiectasis - apabila saluran pernafasan melebar
- Kanser paru-paru atau tekak - jarang
- Akibat ubat-ubatan - jarang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.