
Sulit
4 tahun
Batuk berdarah dan sesak nafas
Saya wanita berumur 38 tahun. Pada bulan 5 tahun 2020 saya mengalami batuk berdarah dan dimasukkan ke hospital. Hasil ujian xray dan darah didapati normal. Kemudian 27 jan 2021 sekali lagi saya mengalami batuk berdarah dan sesak nafas. Saya ke hospital swasta untuk membuat CT Scan. Hasil dari Ct Scan paru paru normal dan sihat, cuma ada seakan akan bronchitis. Doktor menjangkakan kemungkinan dari situ punca batuk berdarah saya. Ujian darah semua normal. Tetapi mantoux test positif 10mm. Ujian kahak belum dibuat. Batuk berdarah sudah berhenti tetapi kahak masih banyak. Adakah saya berkemungkinan mendapat jangkitan tibi doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- Jangkitan pada paru-paru
- Masalah darah cair
- Jangkitan tuberculosis
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.