Sulit
3 tahun
Batuk berdarah, kahak hitam dan susah bernafas
saya seorang lelaki berusia 23 tahun dan merokok, saya mula mengalami simptom ini sejak 2,3 bulan yang lalu. adakah ini simptom fungal infection atau kanser doctor?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Kahak yang hitam adalah kesan daripada darah yang membuatkan kahak menjadi hitam, dan kesukaran untuk bernafas boleh disebabkan beberapa perkaraa seperti:
- jangkitan paru-paru
- kanser paru-paru
- kekurangan darah atau anemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.