hairizuhairi22
4 tahun
Batuk berdarah macam air keluar
Remaja 20an, saya tidak batuk… tetapi tetiba terasa mahu mengeluarkan batuk dan air kuantiti yang banyak (darah) keluar melalui mulut dan hidung situasi berlaku kadang kadang… kemudian muka terasa panas
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berdarah yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit tibi
- Jangkitan kuman dalam paru-paru (pneumonia)
- Penaykit auto-imun seperti Penyakit Wegener, Penyakit anti-GBM, SLE
- Masalah pembekuan darah
- Pulmonary embolism - darah beku dalam paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.