Sulit
3 tahun
Batuk berdarah semasa berbuka puasa
Saya lelaki berumur 16 tahun… Sejak 2 hari berturut turut semasa berbuka apabila batuk sering keluar darah dari mulut dan hidung… Sebelum darah keluar… Ade rasa pening and terus batuk dan darah keluar sama ada melalui kahak atau muntah…apakah penyakit atau langkah yang Perlu diambil terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- Radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- Jangkitan pada paru-paru
- Masalah darah cair
- Jangkitan tuberculosis
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.