Sulit
4 tahun
Batuk, berdehit dan sesak nafas sewaktu berbaring pada malam dan pagi
Hi sy wanita berumur 30. Saya mengalami batuk sudah hampir 2 minggu. Sayab kerap batuk pada malam hari dan nafas terasa sesak dan berdehit. Saya terpaksa bagun dan duduk untuk menghilangkan sensasi ini. Saya juga telah pergike klinik dan dr telahpun memberikan ubat dan menyatakan nafas saya berbunyi di dada. Namun, walaupun sy sudah makan ubat, keadaan ini masih berterusan.
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Masalah sesak nafas pula boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.