
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak dan berbunyi di kerongkong
Anak saya berumur 1 tahun lebih mengalami batuk berkahak yang agak lama. Setelah memberikan ubat dari farmasi dan juga hospital tetap sama . Batuknya tidak berkurangan. Apa yang perlu saya lakukan doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda di atas, keadaan anak anda memerlukan pemeriksaan susulan bagi mengenalpasti punca masalah agar rawatan yang tepat dapat diberikan. Memandangkan gejala batu anak anda masih tidak sembuh dan berpanjangan, anda amat disarankan untuk membawa anak anda berjumpa sekali lagi dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Batuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti jangkitan kuman ( kebiasaannya virus) pada saluran pernafasan dan asma. Hal ini memerlukan rawatan yang tepat bagi mencegah sebarang komplikasi lain. Untuk mendapat rawatan yang tepat, punca sebenar perlu diketahui terlebih dahulu.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih