
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak dan gatal
Saya sudah mengalami batuk terlalu lama, dh tiga kali pergi klinik, doktor cuma cakap batuk biasa . Sudah makan ubat masih lagi batuk, salah makan tekak jadi terlalu gatal tapi bukan batuk yang berterusan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai batuk yang berlaku secara berlarutan. Untuk makluman anda, batuk yang kronik merupakan batuk yang berpanjangan selama lebih daripada 8 minggu. Terdapat beberapa penyebab batuk kronik yang diketahui:
- Penyakit refluks esofagus (GERD). Sejenis penyakit dimana asid dalam perut telah naik sehingga ke kerongkong dan boleh menyebabkan batuk dan susah telan.
- Alahan tekak
- Jangkitan kuman yang belum sembuh
- Cecair hidung yang jatuh ke kerongkong (Postnasal drip)
- Penyakit penyekatan kronik salur nafas (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
- Keradangan bronkus (Bronchitis)
- Jangkitan TB
- Kanser paru-paru.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Sekiranya doktor anda telah mengatakan anda hanya mengalami batuk yang biasa, maka ia mungkin boleh disebabkan jangkitan kuman yang biasa atau alahan kepada persekitaran anda. Namun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor dengan sekali lagi bagi mengenalpasti masalah anda dengan lebih lanjut, atau sekiranya anda mengalami simptom lain seperti:
- Batuk berdarah
- Keletihan dan tidak bermaya
- Sesak nafas
- Demam panas serta muntah dan loya
- Penurunan berat badan yang drastik atau tiada selera makan
Untuk mendapatkan info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.