
afeev_mhi
5 tahun
Batuk berkahak dan jangkitan kuman paru paru
Hello doctor. Sy lelaki berumur 28 tahun. Batuk sy dah masuk 4 minggu dan sy juga sdh ke klinik dan buat xray. Doctor ckp yg ada jangkitan kuman pada paru paru sy so doctor bg sy antibiotic dan juga ubat batuk. Tp smpai hari ni batuk sy tidak hilang dan kadang kadang susah utk sy bernafas sbb nafas pendek

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan COVID-19- anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana anda mempunyai simptom kesukaran bernafas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.