hanimrozali98
3 tahun
Batuk berkahak dan kebas tangan
assalamualaikum , saya wanita berusia 21 tahun . awal mac yg lalu saya ada batuk ii saya kira itu batuk yang biasa . tapi lama kelamaan ia jadi berkahak , dan saya alami hingga sekarang lebih kurang sebulan lebih saya batuk berkahak ni . ada masa kahak nya sudah jernih dan ada masa kahak menjadi kuning kehijauan dan menjadi hingus apa patut saya buat dah banyak ubat batuk saya cuba makan dan kerap minum air masak tiada hasil . saya juga alami kebas di pergelangan tangan adakah akan ada kesan yang negatif jika ia berlarutan ?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda
Terdapat beberapa punca yang menyebabakan batuk berkahak iaitu:
- Infeksi Virus / Bacteria (URTI)
- Pneumonia
- Penyakit batuk kering atau TB
dan sebagainya.
Oleh sebab , batuk anda telah berlarutan sampai hampir sebulan jadi ia akan dikategorikan dalam batuk kronik yang mempunyai pelbagai punca seperti:
a) Asthma
b) Gastroespageal Reflux Disease
c) COPD
Kekebasan di pergelangan tangan pula boleh disebabkan oleh:
- Carpal Tunnel Syndrome
- Faktor Umur
- Hyperthyroidism
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.