
aienrose_mac
5 tahun
Batuk berkahak dan sakit dada kiri
Saya batuk2 sudah seminggu dan berkahak (hijau kekuningan), bila batuk saya akan rasa sakit dibahagian dada kiri dan blkng badan (kiri). Saya juga prnah bersin dan keluar ketulan seperti kahak/hingus yg berwarna hijau dan merah (darah) . Batuk saya tak berhenti walaupon sudah makan ubat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Angina jantung
- Paru-paru berair
- Jangkitan paru-paru
- COPD
- GERD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.