
Sulit
5 tahun
Batuk berkahak dan terasa seperti nak demam
Saya lelaki berusia 39thn.saya merokok. Dan pada 17/3/2020 saya ada membli bantuan quit smoking. Niccorect. Chewing gum dan pelekat. Hampir seminggu menggunakan bantuan itu. Saya dapati batuk lebih kerap dan hidung mula berhingus. Disebabkan itu, saya berhenti dulu pengambilan Nicorrte tersebut. Batuk masih berterusan sampai sekarang cuma lebih kepada pagi. Harini badan mula rasa nak demam. Tiada contact rapat dgn positif covid19 dan tidak keluar negara. Adalah simptom related dgn covid atau bukan ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom anda iaitu batuk, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Kesan sampingan berhenti merokok
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.
Thinking of quitting? Consult our doctor for FREE!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini