
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak hidung sumbat
Saya mengalami batuk berkahak dan hidung tersumbat saya dah pergi buat checkup doktor bgi ubat batuk. tetapi batuk x hilang2 ubat dah nak habis adakah cara lain untuk saya hilangkan batuk saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Sakit tekak pula boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.