
Sulit
3 tahun
Batuk berkahak lebih 2 minggu
Saya wanita berusia 41 tahun. Ada gejala batuk berkahak lebih 2 minggu. Tidak ada batuk berdarah. Kadangkala terasa semput ketika bernafas. Kadangkala dada terasa panas. Kerap buang air kecil sehingga tak sempat ke tandas tapi dah ‘terbuang’. Apakah penyakit saya ini?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu batuk berkahak selama 2 minggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.