
Sulit
3 tahun
Batuk berkahak , sakit dada tengah
Saya wanita berumur 17 tahun , saya sudah batuk berkahak lebih dari 2 minggu tanpa makan ubat batuk atau kosumsi ubat apapun …. Baru baru ini saya mengalami sakit dada bagian tengah , lagi lagi bila saya minum air dada saya akan terasa sakit seperti di tumbuk …. Apakah yang terjadi dngn saya ini adalah satu penyakit ? Saya harap doc dapat menjawab terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pernnyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang kerana sudah batuk berdahak lebih dari 2 minggu. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Gejala yang anda jelaskan di atas adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Oleh itu, kami tidak dapat menyimpulkan diagnosis yang tepat untuk anda. Jawapan yang dapat kami berikan adalah secara umum mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- Gangguan saluran pencernaan (i.e. GERD)
- Jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, dll.)
- Jangkitan kuman (i.e. pertussis)
- Alahan terhadap makanan atau persekitaran
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- Gejala berterusan atau bertambah
- Terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas, dll.)
- Gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga bioleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.