
Sulit
4 tahun
Batuk berkahak tapi terlalu pekat dan kahak tidak keluar
Saya mempunyai anak prempuan berusia 9 tahun. Beliau mempunyai masalah batuk yang teruk. Setiap kali dia batuk seakan akan bunyi kahak tetapi tidak keluar kahaknya. Setiap hari dia mengadu sakit dibahagian perut dan leher kerana batuk terlalu kerap. Saya telah bawa berjumpa doktor, paru parunya tiada masalah tetapi doktor beritahu masalah batuknya di trakea. Telah cuba nebulizer, dan dirumah guna menthol crystal tetapi tidak berkesa. Kadang2 anak saya mengadu kepalanya berat kerana terlalu kerap batuk. Mohon penerangan.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah batuk boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Viral croup
- Epiglotitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.